Wednesday, 6 June 2012

CFS IIUM PJ

Bermula 3jun 2012, aku bergelar mahasiswi di sebuah pusat pembelajaran yang tidak perlu lagi kuperkenalkan kehebatannya.iaitu UIA PJ. Sangat teruja apabila aku menerima panggilan daripada pihak UIA PJ seminggu sebelum aku ditempatkan di sini.

Aku bertolak ke Kuala Lumpur pada hari Sabtu,2jun 2012 ke rumah saudaraku di Puchong. Pagi esoknya,kami beramai-ramai bertolak ke UIA PJ,pada pukul 10 pagi. Tiba2,teringat sessuatu..alamak! baldi,gayung,bantal belum beli! kene la pergi ke Giant dulu untuk beli barang2 yang terlupa nak beli dulu.huhuhu.. bila dah selesai,ada la tersangkut kat jem 2,3kali. last2,sampai ke uia pada pukul 11.35am. Nasib baik sempat..huh..alhamdulillah.. ye la,,tamat daftar pukul 12.00pm.

Bila dah siap daftar,aku terima la kunci bilik. Aku ditempatkan di Mahallah Zainab Jahsyi. Aku ditempatkan di bilik yang memuatkan 4 orang. Kawan2 baru aku,Syafiqa(Selangor), Aliah(Terengganu) dan Syahirah(Kedah). Alhamdulillah,aku ditempatkan bersama rakan2 sebilik yang baik. =)

Aku melalui hari2 si sini bersama rakan2 di seluruh uia yang kuanggap sebagai keluarga. Kami banyak dibimbing oleh Sisters & Brothers(di uia,budaya sister & brother diamalkan sebagai tanda kita semua bersaudara) yang sentiasa membantu kami agar kami berasa selesa di sini. Maklumlah..junior..heee...

Apabila di sebut UIA,maka perbatasan pergaulan cuba dijaga sebaik mungkin. Ada 6 mahallah di UIA PJ, Mahallah Aisya,Mahallah Khadijah,Mahallah Zainab Jahsyi(mahasiswi). Bagi mahasiswa,Mahallah Abu Bakar,Mahallah Umar al-Khattab 1 & Mahallah Fatimah az-Zahra.Mahallah mahasiswa dan mahasiswi agak jauh jaraknya. Baguslah.

Aku sangat kagum dengan budaya islamik di sini dan aku rasa sangat2 bersyukur kerana aku  antara dipilih oleh ALLAH untuk menjadi warga UIA PJ. Antara budaya yang sangat ketara di sini,apabila azan,suasana yang huru-hara,.tiba2 senyap dengan sekelip mata! Subhanallah..begitu tinggi penghormatan yang diberikan kepada azan. Jika semua umat Islam di dunia ini seperti ini,tentu orang luar akan kagum.

Malam tadi,selepas solat Isyak,senior sisters mengambil kesempatan untuk mengajak kami penghuni Mahallah Zainab Jahsyi untuk sama2 bermuhasabah diri. Mereka menayangkan video hukum membuka aurat di fb,tipu daya syaitan,akibat malas solat dan beberapa video lagi. Masya ALLAH! aku sangat tersentuh dengan video2 ini dan berasa sangat takut dan malu kepada ALLAH. ALLAH huakbar...ya ALLAH,ampunilah segala dosaku..amiin..

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..

No comments:

Post a Comment