Monday, 18 June 2012

2 miNGGu PerTamA d UIA PJ

Assalamualaikum~  waa...dah lama aku tak bukak internet.. gatal je tangan ni nak menaip, tapi,tu la..bizi sgt minggu ni..(ceh..ceh..ceh..mcm bizi sgt je dia,kuliyah pon xstart lg). hihihi...

Sehari lepas pendaftaran di uia,kitorang ade ta'aruf week,satu minggu. Dalam tempoh seminggu ni,kami ditarbiyah oleh kakak2 yg ramai di Mahallah Zainab Jahsy. Antaranya,kak Islah,kak Salwa, kak Farha,kak Irfanah,kak Zawani,kak Nadia,,,n ramai lagi la. Tak ingat dah nama masing2..mmg sgt ramai..n ramai2 ni la,semua program dpt dijalankan dengan lancar sebab...mereka semua ni mmg berdedikasi n bertanggungjawab! (fuh..semangat!)hee..

Sepanjang 1minggu ta'aruf,kami ad mcm2 aktiviti, antaranya,,,solat jemaah 5 waktu di bawah canopy, ambil gambar tuk Smart Card(cam matric card r),APT & EPT(sejenis exam), Library Tour, Cultural Night,lagi macam2 game r y kitorg belajar drpd akak2 ni sume..principal kami,Madam Asmeza. Sangat baik beliau ni. =)

Lepas habis ta'aruf week,aku dgn kawan2 aku try2 la nak explore kawasan UIA ni,terjumpa dgn 1 court ni y mmg khas untuk siswi,,juz kat belakang mahallah kitorg je...(macam mane aku boleh xperasan ni?)ish..ish..xpatot..xpatot.. Haa..bila dah taw tempat y terbaik mcm ni,mula la kitorg beriadah ptg2 sambil menghirup udara yang ALLAH berikan. =) alhamdulillah

Bila ada kat uia ni,aku mula didedahkan dengan usrah yang secara kebetulan(eh,xde la kebetulan, ALLAH yang rencanakan) aku terserempak dengan kumpulan usrah ni masa aku nak balik daripada  beriadah petg tu. Hati aku macam tertarik nak sertai usrah tu. rupa2nya yang ketuai usrah kitorg tu, seorg DOKTOR PAKAR BIUS di Hospital Ampang! fuh...subhanallah! hebat x?hebat x? haa..jgn main2.

Aku dapat level 1 APT dan level 6 EPT. mula2 tu,sediy gak,tapi, ALLAH maha mengetahui segala-galanya,,pasti ade hikmah di sebalik semua ni.Disebabkan aku juz dpt level 1 APT,so,secara otomatik,aku 2tahun di sini..xpe la,,aku makin dapat belajar banyak benda kat uia ni yang susah aku nak dapat kat tempat lain,contohnya,,biah solehah(suasana solehah)kat sini,ikhtilat yang cukup terjaga,sahabat2 yang baik agama & akhlak...n banyak lagi..

Aku juz amek 3subjek je sem 1 ni.Bio 1,Kimia 1 n Quranic Language 1. Aku terserempak dgn Ustaz Nizam kat Department of Quranic Language~ alaa,,yang selalu ada dalam Tanyalah Ustaz TV9 tu..haa..ustaz tu la.. =D subhanallah..

Kitorang ade usrah sekali lagi dgn exstudent CFS ni,kak Aisyah Shahid. Memang terasa la jiwa ni diisi oleh roh usrah ni..ye la,,aku mana pernah hadiri usrah2 macam ni dulu,,sape2 yang dulu duduk asrama,memang la ade experience..tp aku xde... Malam esoknya,kitorang ade tazkirah dengan ustazah Halimah yang diterbangkan khas dari Jakarta untuk kitorang. Memang malam tu,nangis r sume bila dimuhasabahkan diri masing2.....selepas dirasmikan oleh madam Asmeza,akhirnya,selesai post ta'aruf bagi minggu kedua.

Jadi,18 jun ni baru kitorang start kuliyah..alhamdulillah...dua minggu yang pertama kali aku rasa,betul2 bermanfaat & berkualiti dalam hidup aku...insya ALLAH...amiin...

Wednesday, 6 June 2012

CFS IIUM PJ

Bermula 3jun 2012, aku bergelar mahasiswi di sebuah pusat pembelajaran yang tidak perlu lagi kuperkenalkan kehebatannya.iaitu UIA PJ. Sangat teruja apabila aku menerima panggilan daripada pihak UIA PJ seminggu sebelum aku ditempatkan di sini.

Aku bertolak ke Kuala Lumpur pada hari Sabtu,2jun 2012 ke rumah saudaraku di Puchong. Pagi esoknya,kami beramai-ramai bertolak ke UIA PJ,pada pukul 10 pagi. Tiba2,teringat sessuatu..alamak! baldi,gayung,bantal belum beli! kene la pergi ke Giant dulu untuk beli barang2 yang terlupa nak beli dulu.huhuhu.. bila dah selesai,ada la tersangkut kat jem 2,3kali. last2,sampai ke uia pada pukul 11.35am. Nasib baik sempat..huh..alhamdulillah.. ye la,,tamat daftar pukul 12.00pm.

Bila dah siap daftar,aku terima la kunci bilik. Aku ditempatkan di Mahallah Zainab Jahsyi. Aku ditempatkan di bilik yang memuatkan 4 orang. Kawan2 baru aku,Syafiqa(Selangor), Aliah(Terengganu) dan Syahirah(Kedah). Alhamdulillah,aku ditempatkan bersama rakan2 sebilik yang baik. =)

Aku melalui hari2 si sini bersama rakan2 di seluruh uia yang kuanggap sebagai keluarga. Kami banyak dibimbing oleh Sisters & Brothers(di uia,budaya sister & brother diamalkan sebagai tanda kita semua bersaudara) yang sentiasa membantu kami agar kami berasa selesa di sini. Maklumlah..junior..heee...

Apabila di sebut UIA,maka perbatasan pergaulan cuba dijaga sebaik mungkin. Ada 6 mahallah di UIA PJ, Mahallah Aisya,Mahallah Khadijah,Mahallah Zainab Jahsyi(mahasiswi). Bagi mahasiswa,Mahallah Abu Bakar,Mahallah Umar al-Khattab 1 & Mahallah Fatimah az-Zahra.Mahallah mahasiswa dan mahasiswi agak jauh jaraknya. Baguslah.

Aku sangat kagum dengan budaya islamik di sini dan aku rasa sangat2 bersyukur kerana aku  antara dipilih oleh ALLAH untuk menjadi warga UIA PJ. Antara budaya yang sangat ketara di sini,apabila azan,suasana yang huru-hara,.tiba2 senyap dengan sekelip mata! Subhanallah..begitu tinggi penghormatan yang diberikan kepada azan. Jika semua umat Islam di dunia ini seperti ini,tentu orang luar akan kagum.

Malam tadi,selepas solat Isyak,senior sisters mengambil kesempatan untuk mengajak kami penghuni Mahallah Zainab Jahsyi untuk sama2 bermuhasabah diri. Mereka menayangkan video hukum membuka aurat di fb,tipu daya syaitan,akibat malas solat dan beberapa video lagi. Masya ALLAH! aku sangat tersentuh dengan video2 ini dan berasa sangat takut dan malu kepada ALLAH. ALLAH huakbar...ya ALLAH,ampunilah segala dosaku..amiin..

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..